Persekutuan Kuda-Kuda 180km
Fellowship of the Horses 180km
Pagi yang dingin. Cuaca hari ini dijangkakan hujan. Tapi awal pagi cuba bangun awal untuk kayuh bersama Uban Rider yang sudah lama merancang kayuhan hari ini. Kita hanya mampu merancang dan melaksanakan rancangan itu. Selebihnya biar aturan Tuhan yang menentukan. Misi Pengkalan Balak mesti diteruskan juga walaupun agak ragu-ragu dengan kemampuan diri kerana 180km bukan jalan yang rata tapi melalui Negeri Sembilan yang terkenal dengan jalan berbukit bukau. Lagipun hari-hari jalan rata agak membosankan dan misi mencari kawan dapat dicapai.
Silap Jalan
22 orang melaporkan diri pagi ini. Para pengayuh nampak ganas dari riak muka mereka dan memang terselah iras-iras kuda yang dikatakan oleh Uban Rider. Selow Rider cuba mengawal diri dan acah-acah cool. Agak mengujakan dan terkejut idola BSP turut serta sekali. Rider Gemas tempoh hari muncul untuk memeriahkan majlis. Selepas memberi taklimat ringkas dan doa oleh tuan pengelola si Uban Rider debaran pun bermula. Seperti biasa Selow Rider duduk di belakang sekali selepas trauma kejadian di Kesas dengan jarak yang selamat untuk bertindak atau respon bila berlaku apa-apa di hadapan. Selow Rider menemani Uban Rider selepas beliau perasan ada pengayuh di kelopok kuda liar menghadapi kesukaran untuk mengikut rentak peloton kuda liar. Jalan awalan ini nampaknya lain macam dan apabila tiba di Gadong baru semakin jelas rupanya jalan tadi Dragon Sendayan yang mirip sekali Dragon Back di Puncak Alam.
Dilema Lubuk Cina
Melalui laluan Rantau-Siliau adalah kejutan bagi Selow Rider. Laluan berbukit bukau menguji kesabaran dan taktikal menukar wheelset high profile sangat membantu. Mujur dapat pengayuh tentera mempelawa untuk memakok sehingga Lubuk China. Pakokan bernula dengan 4 pengayuh dan berakhir dengan 2 pengayuh sahaja. Azabnya memakok Kuda Liar hanya tuhan yang tahu. Kami berdua berhenti di Petronas untuk membasah tekak dan tiba-tiba mendapat panggilan telefon dari Abe Se yang mereka bersarapan di warung berhampiran bulatan Lubuk China. Ada 3 pengayuh sedang menunggu pesanan mee goreng dan bihun, Kami bersembang sehinggan peloton Uban Rider yang awal lagi telah bersarapan nasi lemak sotong tiba. Apabila tiba masa untuk bergerak semula terdapat percanggahan antara ahli untuk memilih jalan yang benar ke Pengkalan Balak. Uban Rider mempertahankan jalan yang telah dirancang dan seperti biasa kami si pemberontak memilih untuk jalan lebih senang.
Liku-liku kehidupan
Jalan yang lebih senang agak mencabar dengan bukit bukau yang mempesonakan dan angin yang sangat kuat. Wheetset low profile kali ini banyak membantu mengharungi liku-liku kehidupan di dalam ladang kelapa sawit. Memakok Kuda Liar hanya dapat bertahan beberapa kilometer selepas beliau memutuskan untuk Breakaway ke Kuala Sungai Dua. Kayuhan dalam hujan memberi kesan dramatik dan pengalaman di mana hidup ini sangat sukar dan perlu diteruskan. Kami berkumpul semula di pekan Kuala Sungai Dua dan bertembung dengan peloton Kuda Liar yang telah awal-awal meninggalkan kami di Sendayan. Dengan riang gembiranya kami kayuh beramai-ramai ke Pengkalan Balak selepas menunggu lama Uban Rider yang tidak kunjung tiba. Makan tengah hari bersama idola BSP di tepi pantai membangkit selera dengan Asam Pedas sementara menunggu Uban Rider dan rakan-rakan KOM beliau
Tayar Pancit
Sementara tunggu peloton KOM makan, Selow Rider mengikut Uban Rider pergi ke area benteng batu untuk photoshoot dulu. Tapi 4 Kuda Liar tak mahu berhenti sekalipun dijerit dari kejauhan. Sedikit demi sedikit Uban Rider perasan rupanya Uban Rider ter breakaway dengan lagi 2 rider. Kami terdiri dariBangi Rider, Doc, Tok Nik dan lain lain adalah saki baki peloton belakang yang di breakway oleh Uban Rider. Berbagai dugaan dihadapi bermula di Kuala Sungai Muda apabila tayar pancit dan kami mengambil peluang untuk memulihkan badan yang keletihan. Rentak Kuda Jinak kami amalkan sepanjang kayuhan balik ini dan sekali lagi tayar pancit di Teluk Kemang. Disepanjang perjalanan kami berjumpa ramai pengayuh perlancongan (touring) yang penuh beg di depan, belakang, kiri dan kanan basikal mereka. Kayuhan diteruskan dengan harapan dapat menangkap Uban Rider yang ghairah meninggakan kami tapi hampa batang hidung dia pun tidak kelihatan.
Harapan Hampa
Kami berkumpul semula di perhentian bas di simpang pekan LUKUT supaya tiada lagi yang tertinggal. Kami berpegang pada moto ‘Ohana means family. Family means nobody gets left behind — or forgotten’ dan berhenti di Shell selepas seorang ahli kumpulan mengadu kelaparan.Kami sekali lagi mengambil peluang untuk memulihkan diri sendiri.Selepas hampir 30 minit di mana ahli Fellowship semuanya telah cergas dan bersedia untuk menghabiskan cabaran ini. Kami memulakan semula kayuhan non stop ke KLIA. Jalan di Bukit Pelanduk menyajikan cabaran yang lazat dimana memanjat dan meluncur turun bukit yang panjang dengan memakok pengayuh BSP, jiran kepada Idola BSP. Alhamdulillah kayuhan berakhir jugak bersama-sama saki baki peloton yang ditinggalkan Uban Rider. Bebas kekejangan otot dan kemalangan cuma kelaparan yang amat sangat. Terima kasih rakan-rakan seperkayuhan atas pengalaman kayuhan ketahanan (endurance) dan tip-tip kayuhan yang berguna kepada pengayuh baru seperti Selow Rider. Sehingga berjumpa lagi dan jangan lupa jemput lagi.
-Selow Rider

Comments
Post a Comment